Sudah tiba masanya Sarawak mendapatkan geran khas tahunan yang setimpal dengan hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan daripada negeri itu.<br /><br />Itu tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap keputusan meluluskan permohonan menempatkan wakilnya di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.<br /><br />Jelasnya, keputusan itu akan memberi jaminan kepada peruntukkan kewangan lebih adil serta fleksibel mengikut formula dan situasi semasa kewangan negara.
